Sejarah سجاره Tengkolok

Adalah diterima[oleh siapa?] bahawa tengkolok dicipta seawal-awalnya pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Sebelum zaman itu, sudah menjadi kewajipan rakyat jelata untuk menutup kepala atau mengikat rambut panjang supaya kelihatan kemas apabila apabila menghadap raja. Masyarakat Melayu Melaka mendapat ikhtiar untuk menggunakan kain panjang berbentuk segi empat untuk dilipat-lipat dan diikat menjadi sejenis alas kepala yang kemas untuk dipakai dalam urusan rasmi. Ikatan kain ini lama-kelamaan makin lama makin cantik mengikut peredaran zaman, diolah dan diubah suai mengikut taraf pemakainya.[3]